INDUSTRI seks Jepun bernilai berbilion ringgit meliputi kedai seks bar dan kelab seperti  di kawasan ‘lamou merah’ di Kabukicho, Shinjuku, Tokyo ini. - Agensi
INDUSTRI seks Jepun bernilai berbilion ringgit meliputi kedai seks bar dan kelab seperti di kawasan ‘lamou merah’ di Kabukicho, Shinjuku, Tokyo ini. - Agensi
Agensi

TOKYO: Kaji Selidik Mendapati Hampir Separuh Golongan Muda Di Jepun Masih ‘Teruna Atau Dara’ Kerana Tidak Mempunyai Masa Untuk Berpacaran Berikutan Masa Kerja Yang Panjang Serta Kebimbangan Terhadap Kewangan.

Selain itu, menurut satu rancangan dokumentari, mereka juga mudah mendapat pilihan lain dalam industri seks, seperti robot seks dan bahan pornografi.

Menurut Daily Mail yang memetik dokumentari televisyen oleh The Feed bertajuk ‘Seks di Jepun: Bermatian Untuk Syarikat’ menceritakan kenapa golongan muda Jepun kurang melakukan seks.

Berdasarkan Bancian Kesuburan Kebangsaan 2015, sekitar 44 peratus wanita tidak berkahwin dan 42 peratus lelaki bujang mengakui mereka masih dara dan teruna.

Kajian itu turut mendapati 60 peratus wanita dan 70 peratus lelaki berusia antara 18 hingga 34 tahun menyatakan mereka masih bujang.

Punca utama ialah mereka mempunyai waktu kerja yang terlalu panjang selain berdepan masalah kesukaran mencari pekerjaan sekali gus sukar mencari pasangan.

Seorang pekerja di bandar, Taiyo Hashimoto, 26, berkata, dia bekerja lebih masa hampir setiap hari, berada di pejabat hingga kereta api terakhir pada tengah malam dan waktu sosialnya hanya keluar minum dengan ketua pejabat.

“Saya sepatutnya tamat waktu bekerja pada jam 7 petang tetapi sering bekerja lebih masa setiap hari.

“Saya perlu mengikut apa yang diminta bos dan ia agak sukar. Jika dia minum, begitu juga dengan saya. Jika dia meminta satu lagi, saya juga perlu berbuat demikian,” katanya.

Dengan kesukaran mendapatkan pekerjaan tetap bagi mereka berusia 18 hingga 34 tahun, ia menyebabkan ramai rakyat Jepun semakin bimbang tidak dapat berkahwin dan mempunyai anak.

Jepun mempunyai industri seks bernilai berbilion ringgit, termasuk bar pelacur, kelab fetish dan kedai peralatan seks selain peningkatan patung serta robot seks.

Sehingga Mei lalu, statistik menunjukkan bilangan kanak-kanak di Jepun menurun bagi tahun ke-37 berturut-turut biarpun terdapat usaha untuk mengimbangi populasi warga tua di negara itu.

Kerajaan meramal jumlah penduduk Jepun menurun kepada 86.7 juta pada 2060.

Penurunan jumlah penduduk bermakna kuranglah pendapatan negara berikutan tidak ramai pekerja membayar cukai bagi membiayai pencen serta kebajikan penduduk tua.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 29 September 2018 @ 4:05 AM