AKSI Sexton ketika bertemu Tonga. FOTO REUTERS
AKSI Sexton ketika bertemu Tonga. FOTO REUTERS
AFP

Nantes: Johnny Sexton muncul penjaring mata terbanyak Ireland apabila dia meraih 16 mata ketika menewaskan Tonga 59-16 dalam perlawanan Kumpulan B, Piala Dunia Ragbi, awal pagi tadi.

Pemain berusia 38 tahun itu mengumpul 1,090 mata, lebih tujuh mata berbanding penyandang sebelum ini, Ronan O'Gara, selepas menyempurnakan try pada separuh masa pertama.

Bintang Ireland itu melakukan keseluruhan lapan try di depan 15,000 penyokong mereka dekat Nantes.

Sexton berkata rekod itu adalah 'pencapaian peribadi yang terindah' tetapi menegaskan kemenangan pasukannya lebih penting dalam fikirannya sebelum mereka berdepan Afrika Selatan.

"Saya tidak fikir ia mengenai pencapaian individu, ia mengenai untuk mendapatkan kemenangan seterusnya dan terus meningkat dalam kejohanan ini.

"Kami akan menumpukan perhatian kepada perlawanan besar minggu depan," katanya kepada ITV.

Sementara itu, jurulatih Tonga, Toutai Kefu mengakui anak buahnya tewas kepada lawan jauh lebih baik namun berusaha untuk bangkit selepas ini.

"Sejujurnya mereka jauh lebih baik berbanding kami. Sebab itulah mereka antara pasukan terbaik di dunia," kata Kefu yang memenangi Piala Dunia bersama Australia pada 1999.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 17 September 2023 @ 10:23 AM