DATUK Mohd Azizulhasni Awang. FOTO Bernama
DATUK Mohd Azizulhasni Awang. FOTO Bernama
Zulkarnain Azman


Kuala Lumpur: Jaguh berbasikal trek negara, Datuk Azizulhasni Awang mendedahkan bahawa dia sebenarnya menggemari sukan tinju selepas selepas lumba basikal.

Dalam satu perkongsian di akaun facebooknya, Azizulhasni atau lebih mesra disapa Jijoe turut mengakui mengambil sumber motivasi daripada petinju profesional dunia untuk menjadi pembakar semangat ketika diperlukan.

"Mungkin ramai tidak tahu yang sukan tinju ini adalah sukan yang paling saya gemari selepas sukan lumba basikal. Kelasakkan dan komitmen tinggi yang diperlukan dalam sukan tinju ini membuatkan ia sangat unik dan menarik.

"Saya doakan agar rakan-rakan petinju negara kita ini akan menggapai kejayaan di peringkat yang tertinggi. Bagi saya ia bukan misi yang mustahil kerana mereka semua rata-rata mempunyai bakat yang besar dan tampak kehausan akan kejayaan," katanya.

Untuk rekod, Azizulhasni ketika ini sedang dalam persiapan bagi menghadapi kejohanan dunia di Glasgow, Scotland pada bermula 3 hingga 12 Ogos ini.

Pada kejohanan dunia itu, Azizulhasni menyasarkan untuk meraih emas sama ada dalam acara kegemarannya keirin ataupun acara pecut.

Pelumba dikenali dengan julukan 'The Pocket Rocketman' itu berkata pencapaian di ACC menjadi tonik tambahan buatnya untuk mengulangi kejayaan merangkul emas acara keirin Kejohanan Dunia 2017 di Hong Kong.

Malah Atlet berusia 35 tahun itu juga yakin mampu mengatasi cabaran pemenang pingat emas Kejohanan Dunia sebanyak 11 kali, Harrie Lavreysen di Glasgow nanti.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 22 Julai 2023 @ 12:57 PM