ZAIDATUL (kanan) memenangi gangsa pada aksi final di Stadium Morodok Techo. FOTO FATHIL ASRI
ZAIDATUL (kanan) memenangi gangsa pada aksi final di Stadium Morodok Techo. FOTO FATHIL ASRI
Syazwan Msar


Phnom Penh: Acara 200 meter (m) final kategori lelaki dan wanita berkubur menyaksikan tiada unsur kejutan ditampilkan atlet negara apabila mereka mengakhiri perjuangan dengan hanya membawa pulang pingat gangsa pada hari pertama olahraga dipertandingkan.

Pelari wanita, Zaidatul Husniah Zulkifli yang diletakkan harapan untuk mencipta kejutan mengakhiri saingan di tempat ketiga dengan catatan masa 23.60 saat(s).

Aksi yang berlangsung di Stadium Morodok Techo itu menyaksikan wakil dari Singapura, Veronica Shanti Pereira membawa pulang emas (22.69s) manakala perak pula milik pelari Vietnam, Thi Nhi Yen Tran(23.54s).

Namun, nasib malang melanda pelari 200m lelaki negara apabila Jonathan Nyepa mengakhiri saingan di tempat keempat manakala Muhammad Arsyad Md Saat pula menarik diri kerana kecederaan.

Pingat emas untuk kategori 200m lelaki dimenangi pelari Thailand, Soraoat Dapbang dengan catatan maa 20.62 saat (s) manakala perak milik peserta Vietnam, Ngoc Nghia Ngan (20.84s) dan gangsa milik wakil dari Indonesia, Lalu Muhammad Zohri (21.02s).

Sementara itu, Zaidatul berkata, dia tidak meletakkan harapan tinggi untuk membawa pulang pingat dalam acara 200m memandangkan persaingannya cukup hebat terutama dari Singapura dan Vietnam.

"Sasaran awal hanya untuk masuk final dan alhamdulillah berjaya membawa pulang pingat untuk negara. Kejayaan ini meniup semangat untuk sumbang emas dalam acara 4x100m wanita kelak," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 8 Mei 2023 @ 7:30 PM