ZAIDATUL menang gangsa 200m di Stadium Morodok Techo.FOTO Fathil Asri
ZAIDATUL menang gangsa 200m di Stadium Morodok Techo.FOTO Fathil Asri
Syazwan Msar


Phnom Penh: Jaguh pecut wanita negara, Zaidatul Husniah Zulkifli memberi bayangan bahawa dia kemungkinan bersara selepas berakhirnya temasya Sukan Sea Kemboja.

Pemegang rekod kebangsaan dengan catatan masa 11.35 saat yang dilakukan di Afrika Selatan pada 2017 itu berkata, misinya untuk membantu pelari muda mencipta sesuatu di Sukan Sea Kemboja sudah tercapai sekali gus mungkin akan berehat selepas temasya dwitahun itu berakhir.

"Saya tidak pasti lagi(untuk bersara). Cuma sekarang ini saya berpuas hati dapat membantu pelari muda mencipta kejayaan positif di Kemboja. Mengenai bersara atau sebaliknya saya akan fikirkan dahulu," katanya yang juga pemegang rekod kebangsaan dengan catatan masa 11.35 saat dilakukan di Afrika Selatan pada 2017.

Sebelum itu, Zaidatul Husniah menamatkan kemarau enam tahun pingat acara 200 meter (m) wanita selepas merangkul gangsa pada Sukan Sea 2023 yang berlangsung Isnin lalu.

Zaidatul Husniah yang turut berada dalam kuartet 'berhijab' mencipta sensasi di bumi Kemboja apabila meraih kejayaan berganda dengan membawa pulang gangsa selain turut memecah rekod kebangsaan dalam acara 4x100m wanita, di Stadium Morodok Techo,semalam(paper kelmarin).

Mengikut rekod, pelari berusia 30 tahun itu pernah merangkul perak dalam acara 100m dan 200m pada penampilannya di Sukan Sea Kuala Lumpur pada 2017.

Malah, pelari itu juga pernah mencipta kejutan memenangi emas di kejohanan Sukan Universiti Asean 2016 dalam acara 100m.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 11 Mei 2023 @ 3:57 PM