ALCARAZ meraikan kejayaan menewaskan Lajovic. FOTO AFP
ALCARAZ meraikan kejayaan menewaskan Lajovic. FOTO AFP
Reuters

Miami: Carlos Alcaraz mengatasi pemain Serbia, Dusan Lajovic 6-0, 7-6(5) untuk berada di landasan tepat bagi mempertahankan gelaran Terbuka Miami, hari ini.

Pemain remaja sensasi Sepanyol itu muncul juara Indian Wells untuk merampas semula kedudukan pemain nombor satu dunia, minggu lalu.

Dia meneruskan momentum di Stadium Hard Rock untuk mara ke pusingan keempat dan akan berdepan pemain yang mara ke separuh akhir Terbuka Australia, Tommy Paul.

"Saya selalu fikir, kamu harus terus menuju ke arah itu," katanya kepada Tennis Channel selepas perlawanan.

"Itu yang saya katakan kepada diri sendiri ketika berdepan saat sukar."

Lajovic mengejutkan juara tiga kali Grand Slam, Andy Murray di pusingan pertama, namun jelas tidak mampu menyaingi Alcaraz.

"Semuanya dalam keadaan terkawal," kata Alcaraz, yang bersalam dengan pemain bintang bola keranjang Miami Heat dan NBA All-Star sebanyak enam kali, Jimmy Butler di tepi gelanggang selepas perlawanan.

"Tetapi, menamatkan perlawanan bukan mudah apabila debaran mula terasa., Saya melakukan beberapa kesilapan yang tidak dilakukan sebelum itu. Jadi, memang sukar untuk menang."

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 27 Mac 2023 @ 8:49 AM