ALCARAZ memburu kejuaraan Terbuka Miami. FOTO AFP
ALCARAZ memburu kejuaraan Terbuka Miami. FOTO AFP
Reuters

Miami: Pilihan utama, Carlos Alcaraz dan nombor dua, Jannik Sinner memulakan langkah pertama dengan meyakinkan bagi memenuhi harapan peminat agar bertemu di final Terbuka Miami selepas masing-masing berjaya mara ke pusingan ketiga.

Persaingan tenis terbaharu dan paling hangat dipertandingkan minggu lalu di separuh akhir Indian Wells apabila Alcaraz menyekat musim sempurna Sinner dengan menghentikan 16 kemenangan berturut-turut pemain Itali itu.

Sinner melupakan kekalahan berkenaan dengan berkata Miami akan menjadi permulaan yang baru, selepas dia mencatat kemenangan 6-3, 6-4 ke atas rakan senegara, Andrea Vavassori.

Alcaraz, yang memenangi Indian Wells dan tiba di Miami untuk melengkapkan 'Sunshine Double', juga tidak berdepan masalah dalam mencatat kemenangan klinikal 6-2, 6-1 ke atas Roberto Carballes Baena dalam pertemuan senegara.

Kemenangan itu pastinya mengagumkan pemenang Grand Slam tiga kali Andy Murray terus memuatnaik pandangan di X.

"Melihat Alcaraz bermain tenis membuatkan saya tersenyum."

"Itu agak bagus untuk legenda seperti Andy mengatakan sesuatu seperti ini bahawa dia sangat seronok menonton perlawanan saya," kata Alcaraz.

"Ia gila bagi saya. Dia telah melihat banyak tenis sepanjang kariernya, banyak perlawanan, ramai pemain."

Dengan kedua-dua pemain muda itu menjadi tumpuan, juara bertahan Daniil Medvedev mara dengan kemenangan kemas 6-4, 6-2 ke atas wakil Hungary, Marton Fucsovics.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 24 Mac 2024 @ 12:51 PM