ELENA Rybakina juara wanita Indian Wells. FOTO AFP
ELENA Rybakina juara wanita Indian Wells. FOTO AFP
ALCARAZ kembali bergelar pemain nombor satu dunia. FOTO Reuters
ALCARAZ kembali bergelar pemain nombor satu dunia. FOTO Reuters
AFP

Indian Wells, Amerika Syarikat: Carlos Alcaraz dari Sepanyol menewaskan Daniil Medvedev 6-3, 6-2 pada perlawanan akhir Indian Wells ATP Masters 1000 seterusnya menyaksikan dia kembali bergelar pemain nombor satu dunia.

Juara Terbuka AS, Alcaraz menamatkan rentak kemenangan 19 perlawanan Medvedev dan menafikannya gelaran keempat untuk mengambil alih kedudukan juara Terbuka Australia, Novak Djokovic di puncak ranking.

Djokovic dari Serbia, dihalang daripada memasuki Amerika Syarikat kerana tidak mengambil vaksin Covid-19, akan turut terlepas Terbuka Miami bermula minggu ini di mana Alcaraz adalah juara bertahan.

Alcaraz, 19, menjadi pemain nombor satu dunia termuda selepas kejayaannya di Flushing Meadows tahun lalu, merangkul kejuaraan Masters 1000 ketiganya dan menyertai rakan senegaranya Rafael Nadal sebagai satu-satunya pemain yang memenangi sekurang-kurangnya tiga kejuaraan ketika remaja. Nadal merangkul enam gelaran sebelum berusia 20 tahun.

"Saya sangat gembira dapat memenangi kejohanan ini, ia menakjubkan untuk melengkapkan 10 hari ini seperti ini," kata Alcaraz.

"Sudah tentu perlawanan hari ini sangat sukar.

"Daniil jelas tidak bermain pada tahap terbaiknya, tetapi saya sangat gembira dengan prestasi saya dan bagaimana saya bermain kejohanan ini," katanya.

Sementara itu dalam acara wanita dimenangi juara Wimbeldon, Elena Rybakina yang menewaskan Aryna Sabalenka 7-6 (13/11), 6-4.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 20 Mac 2023 @ 9:59 AM