ANTARA aksi Djokovic hari ini. FOTO AFP
ANTARA aksi Djokovic hari ini. FOTO AFP
AFP

Paris: Novak Djokovic mara ke suku akhir Terbuka Perancis untuk tahun ke-14 berturut-turut manakala pemain nombor satu dunia, Carlos Alcaraz mengatasi Lorenzo Musetti untuk kekal di landasan pertembungan bersama juara Grand Slam 22 kali itu.

Pilihan ketiga, Djokovic menewaskan pemain Peru, Juan Pablo Varillas 6-3, 6-2, 6-2, dan masih belum tewas satu set selepas empat perlawanan.

"Fokus saya adalah pada perlawanan seterusnya," kata Djokovic, yang menentang pilihan ke-11 dari Russia, Karen Khachanov untuk tempat ke separuh akhir, di mana kemungkinan Alcaraz bakal menantinya.

"Saya jelas dengan matlamat di sini. Saya cuba untuk kekal fokus dan sudah tentu tidak mahu melihat terlalu jauh. Jelas sekali prestasi hari ini memberikan saya keyakinan yang tinggi."

Alcaraz pula menewaskan Musetti 6-3, 6-2, 6-2 untuk membalas dendam kekalahan tahun lalu di gelanggang tanah liat pada perlawanan akhir di Hamburg.

"Saya rasa beraksi pada tahap yang begitu baik. Saya gembira dapat melepasi pusingan yang sukar ini," kata Alcaraz.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 5 Jun 2023 @ 9:49 AM