CARLOS Alcaraz dengan gaya rambut pendek dan kemas. FOTO Agensi
CARLOS Alcaraz dengan gaya rambut pendek dan kemas. FOTO Agensi
Agensi

Penampilan pemain tenis nombor satu dunia, Carlos Alcaraz dengan gaya rambut kemas berjaya menarik perhatian peminat sukan itu di seluruh dunia.

Alcaraz, 20, yang memenangi gelaran Wimbledon minggu lalu dilihat tampil lebih segar dengan gaya rambut pendek.

Dia kini dianggap jutawan muda terutama selepas kejayaan di Wimbledon itu di mana pemain kelahiran Sepanyol itu mengejutkan bintang tenis Novak Djokovic di pentas final.

Selepas kejayaan dramatik itu, Alcaraz terus ke kedai gunting rambut dan peminat yang mengikuti rapat aktivitinya di laman sosial pemain itu menganggap ia salah satu terapi buat Alcaraz.

"Rambut yang kemas dari Carlos Alcaraz, dia juara yangs ejati," kata salah seorang pengikutnya di laman Twitter.

"Saya suka dengan potongan rambutnya, ia menampakkan dia lebih remaja," tulis seorang lagi peminat.

Alcaraz kini dianggap jutawan baharu dalam sukan tenis antarabangsa biarpun usianya masih muda, malah status selaku pemain nombor satu dunia melengkapkan pakejnya itu

Ia berdasarkan kepada beberapa produk jenama dunia yang melantik Alcaraz sebagai duta antaranya Rolex, Calvin Klein, Louis Vuitton, BMW dan Babolat.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 25 Julai 2023 @ 9:07 AM