RAFEAL Nadal. -FOTO AFP
RAFEAL Nadal. -FOTO AFP
Agensi

Sydney: Novak Djokovic dan Rafael Nadal akan memulakan kempen 2023 mereka masing-masing minggu ini di Adelaide dan Sydney dengan dua bintang itu mengintai kejayaan di Terbuka Australia.

Nadal adalah juara bertahan Terbuka Australia dan Djokovic pemenang sembilan kali.

Nadal, yang memiliki rekod kejuaraan Grand Slam 22 lelaki berbanding Djokovic 21, berkata dia gembira melihat saingan utamanya kembali.

"Novak ada di sini, bagus untuk tenis, bagus untuk peminat mungkin," kata pemain nombor dua dunia itu di Sydney. "Mari kita lihat, bukan? Pemain terbaik di gelanggang sentiasa menang."

Djokovic yang berada di ranking kelima akan memulakan usahanya memburu gelaran ke-10 di Melbourne Park di Adelaide mulai Ahad.

Djokovic kembali ke Down Under untuk kali pertama sejak dihalang dan kemudiannya dihantar pulang menjelang Terbuka Australia pada 2022 kerana keengganannya mendapatkan vaksin Covid-19.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 28 Disember 2022 @ 12:23 PM