JELAJAH AIS Harian Metro akan bermula di Karnival Jom Heboh Puteri Harbour, Iskandar Puteri, Johor, pada 9 dan 10 Disember depan.
JELAJAH AIS Harian Metro akan bermula di Karnival Jom Heboh Puteri Harbour, Iskandar Puteri, Johor, pada 9 dan 10 Disember depan.
Syazwan Msar


Kuala Lumpur: Anugerah Ikon Sukan (AIS) Harian Metro memasuki babak seterusnya apabila proses undian membabitkan atlet dan ahli sukan terpilih dalam kalangan 'top 5' akan bermula pada 1 Disember ini.

Ini bermakna, ahli sukan 'top 5' akan berentap sekali lagi dengan pemilihan kali ini membabitkan 50 peratus penilaian juri profesional dan 50 peratus lagi daripada undian pilihan peminat.

Lebih menarik lagi, Harian Metro dengan kerjasama TV9 dan penaja utama Gardenia akan membawa atlet 'top 5' ini menyertai siri jelajah yang bermula di Karnival Jom Heboh Puteri Harbour, Iskandar Puteri, Johor, pada 9 dan 10 Disember depan.

Antara aktiviti menarik menanti orang ramai adalah sepak bola, mini badminton, kayuh dan kisar, cenderahati eksklusif, jualan, cabutan bertuah dan sesi beramah mesra bersama atlet jemputan.

Seperti biasa, selain undian melalui laman sosial Facebook (FB), peminat boleh follow Instagram (IG) Gardenia dan melakukan pembelian Gardenia Breakthru.

Peminat turut boleh berbuat demikian dengan pilihan melanggan akhbar digital Harian Metro dengan melayari portal Harian Metro ePaper untuk melanggan akhbar digital Harian Metro.

Orang ramai boleh dapatkan borang undian AIS di dalam akhbar Harian Metro atau boleh mengundi melalui www.hmetro.com.my/AIS .

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 23 November 2022 @ 7:03 PM