SIRI Jelajah AIS Harian Metro akan bermula di Karnival Jom Heboh Puteri Harbour, Iskandar Puteri, Johor, pada 9 dan 10 Disember depan.
SIRI Jelajah AIS Harian Metro akan bermula di Karnival Jom Heboh Puteri Harbour, Iskandar Puteri, Johor, pada 9 dan 10 Disember depan.
Ferzalfie Fauzi


Kuala Lumpur: Bekas atlet, wartawan sukan, pemerhati sukan bebas dan wakil badan sukan dijangka menggalas tugas sebagai juri profesional untuk Anugerah Ikon Sukan (AIS) Harian Metro.

Peranan juri profesional sangat penting berikutan menjadi penentu sebanyak 50 peratus untuk mencari pemenang bagi setiap kategori sebelum baki 50 peratus lagi ditentukan menerusi undian pilihan peminat bermula 1 Disember ini.

Pemilihan juri profesional ini akan dinilai dengan teliti supaya tidak menimbulkan keputusan pilih kasih dan menobatkan pemenang bagi setiap kategori dengan lebih telus.

Bekas atlet yang bertaraf legenda sudah pasti mempunyai pandangan tersendiri mengenai siapa atlet paling layak untuk menggondol anugerah bagi kategori masing-masing.

Begitu juga wartawan sukan dan pemerhati sukan dalam kalangan pensyarah universiti dijangka mempunyai kredebiliti untuk menggalas tugas juri profesional berdasarkan pemerhatian mereka sepanjang musim ini.

Seperti biasa, selain undian melalui laman sosial Facebook (FB), peminat boleh Follow Instagram Gardenia dan melakukan pembelian Gardenia Breakthru.

Peminat sukan yang ingin mengundi ikon sukan kegemaran masing-masing boleh berbuat demikian dengan melanggan akhbar digital Harian Metro.

Langkah pertama perlu dilakukan adalah melayari portal Harian Metro ePaper untuk melanggan akhbar digital Harian Metro.

Selain itu, boleh dapatkan borang undian AIS di dalam akhbar Harian Metro atau mengundi melalui www.hmetro.com.my/AIS.

Atlet lima terbaik akan menyertai Siri Jelajah AIS Harian Metro bermula di Karnival Jom Heboh Puteri Harbour, Iskandar Puteri, Johor, pada 9 dan 10 Disember depan.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 28 November 2022 @ 4:14 PM