PRESIDEN Majlis Olimpik Malaysia (MOM), Tan Sri Norza Zakaria tersenarai untuk Anugerah Ikon Sukan (AIS) Kepimpinan.
PRESIDEN Majlis Olimpik Malaysia (MOM), Tan Sri Norza Zakaria tersenarai untuk Anugerah Ikon Sukan (AIS) Kepimpinan.
Syazwan Msar


Kuala Lumpur: Anugerah Ikon Sukan (AIS) Harian Metro semakin rancak dengan tinggal kira-kira sebulan saja lagi sebelum siapa bakal pemenangnya diumumkan pada awal Januari tahun depan.

Selain undian membabitkan kategori utama iaitu ikon sukan lelaki dan wanita breakthru turut dipertandingkan membabitkan kepimpinan dan persatuan sukan di negara ini.

Kebanyakan anugerah hanya menumpukan kepada atlet semata-mata namun ramai tidak mengetahui pemimpin dan persatuan sukan juga memainkan peranan dalam menaikkan atlet ke peringkat lebih tinggi.

Oleh sebab itu, AIS turut berperanan menaikkan nama beberapa tokoh dan individu penting dalam sukan menerusi kategori ikon sukan persatuan/kelab, ikon sukan kepimpinan dan ikon sukan jurulatih yang menyaksikan nama besar dalam sukan tanah air 'bertarung' untuk merebut tempat masing-masing.

Mereka terpilih ini akan meneruskan saingan pada peringkat 'top 5' membabitkan 50 peratus penilaian juri profesional, dan 50 peratus lagi daripada undian pilihan peminat bermula 1 Disember ini.

Seperti biasa, selain undian melalui laman sosial Facebook, peminat juga boleh Follow Instagram Gardenia dan melakukan pembelian Gardenia Breakthru.

Peminat sukan yang ingin mengundi ikon sukan kegemaran masing-masing AIS juga boleh berbuat demikian dengan pilihan melanggan akhbar digital Harian Metro.

Langkah pertama perlu dilakukan adalah peminat perlu melayari portal Harian Metro ePaper untuk melanggan akhbar digital Harian Metro.

Orang ramai juga boleh dapatkan borang undian AIS di dalam akhbar Harian Metro atau boleh mengundi melalui www.hmetro.com.my/AIS.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 27 November 2022 @ 9:08 PM