IGA bersama trofi Terbuka San Diego, yang juga kejuaraan kelapan pada tahun ini. FOTO AFP
IGA bersama trofi Terbuka San Diego, yang juga kejuaraan kelapan pada tahun ini. FOTO AFP
Reuters

San Diego: Pemain tenis wanita nombor satu dunia, Iga Swiatek merangkul gelaran kelapan tahun ini hasil kemenangan 6-3, 3-6 dan 6-0 ke atas pemain Croatia, Donna Vekic di final Terbuka San Diego, hari ini.

Iga menumbuk ke udara dan melemparkan ciuman kepada penonton selepas Donna melakukan kesilapan berganda apabila pemain Poland itu meningkatkan tahap permainannya.

Donna kemudian seolah-olah kehabisan tenaga dan tidak mampu terus bersaing lagi.

"Saya mahu terus menang," kata Iga selepas terpaksa bertarung dalam set penentuan bagi kejohanan WTA 500 itu.

"Saya sedar kehebatannya ketika servis, jadi saya mahu lebih melonggarkan permainan. Tidak berfikir terlalu banyak, tetapi menggunakan gerak hati dan berjuang untuk setiap pukulan."

Walaupun tewas set pertama, Donna tidak mudah mengalah dan terus berjuang untuk memenangi set kedua, sekali gus mengheret perlawanan ke set penentuan.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 17 Oktober 2022 @ 2:04 PM