ELENA tarik diri dalam kejohanan pemanas badan Wimbledon. FOTO EPA
ELENA tarik diri dalam kejohanan pemanas badan Wimbledon. FOTO EPA
AFP

Eastbourne: Penyandang juara Wimbledon, Elena Rybakina menarik diri daripada menyertai saingan Antarabangsa Eastbourne disebabkan penyakit virus.

Ia menimbul tanda tanya mengenai peluangnya untuk mempertahankan kejuaraan di All England Club minggu depan.

Pemain nombor tiga dunia itu dijadualkan berdepan Wang Xiyu pada hari pertama undian utama di Eastbourne semalam.

Elena sebelum ini menarik diri menjelang perlawanan pusingan ketiga di Terbuka Perancis kerana sakit awal bulan ini dan tewas mengejut kepada Donna Vekic di pusingan kedua, Terbuka Jerman minggu lalu.

Ketiadaan pemain Kazakhstan itu bermakna Daria Kasatkina dari Rusia adalah pemain ranking tertinggi yang tinggal selepas dia menewaskan wakil Ukraine, Anhelina Kalinina 6-3, 6-1 semalam.

Daria akan menentang Karolina Pliskova dalam pusingan kedua selepas pemain Republik Czech itu mara apabila Elise Mertens menarik diri di set penentuan.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 27 Jun 2023 @ 8:45 AM