AUGER Aliassime ketika beraksi menentang Serbia. FOTO AP
AUGER Aliassime ketika beraksi menentang Serbia. FOTO AP
AFP

Paris: Kanada menempah tempat ke suku akhir Piala Davis apabila Felix Auger Aliassime memenangi aksi perseorangan, manakala Croatia menghidupkan peluang untuk ke slot lapan terakhir itu apabila mengenepikan Argentina 3-0.

Auger Aliassime bangkit dari kekalahan kepada pemain baru nombor satu dunia, Carlos Alcaraz dengan kemenangan 6-3, 6-4 ke atas wakil Serbia, Miomir Kecmanovic.

Bagaimanapun, Serbia berjaya mencatat kemenangan 2-1 dalam aksi yang berlangsung di Valencia itu bagi menghidupkan peluang mereka.

Satu lagi perseorangan Serbia, Laslo Djere menewaskan Gabriel Diallo 6-2, 6-2 dalam perlawanan pembukaan sebelum kemenangan Auger-Aliassime menjamin kedudukan Kanada untuk kelompok dua teratas Kumpulan B.

"Saya rasa keseluruhan acara ini tahap permainan saya sangat baik. Saya sangat gembira dengan cara permainan saya sekarang.

"Untuk keluar dan bermain dengan cara ini, dapatkan kemenangan, ia sangat bagus untuk saya secara peribadi. Saya sangat gembira untuk pasukan.

"Saya sangat gembira kerana saya datang dan bermain dengan tahap yang saya lakukan untuk membolehkan Kanada melepasi suku akhir," kata Auger-Aliassime, yang juga pemain nombor 13 dunia.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 18 September 2022 @ 10:50 AM