GELAGAT Djokovic ketika acara kebajikan di Arena  Rod Laver di Melbourne, semalam. FOTO AFP
GELAGAT Djokovic ketika acara kebajikan di Arena Rod Laver di Melbourne, semalam. FOTO AFP
Reuters

Melbourne: Pemain tenis nombor satu dunia, Novak Djokovic dan juara Grand Slam tiga kali, Andy Murray dijangka bertemu di pusingan ketiga Terbuka Australia.

Undian semalam menunjukkan kemungkinan berlaku pertembungan mereka dan beberapa siri perlawanan sukar pada pusingan pertama.

Kejohanan utama musim ini bermula esok di Melbourne, Australia dengan juara bertahan dari Serbia, Djokovic memulakan misinya untuk menjuarai gelaran ke-11 dengan menentang pemain kelayakan manakala Murray dari Britain berdepan pilihan ke-30 dari Argentina, Tomas Martin Etcheverry.

Pilihan kedua dari Sepanyol, Carlos Alcaraz bakal menentang pemain Perancis, Richard Gasquet yang pernah menduduki kelompok 10 teratas.

Pemain Rusia yang juga pilihan ketiga, Daniil Medvedev akan berusaha memenangi kejohanan utama keduanya selepas Terbuka Amerika Syarikat 2021 dan dua kali mara ke final di Melbourne sebelum ini.

Dengan lawannya belum dapat ditentukan pada dua pusingan pertama, Medvedev dijangka bertemu pemain Kanada, Felix Auger-Aliassime dalam pusingan ketiga.

Auger-Aliassime pula perlu melepasi cabaran bekas pemain nombor tiga dunia dari Austria, Dominic Thiem pada pusingan pertama terlebih dahulu.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 12 January 2024 @ 12:27 PM