BERRETTINI meraikan kejayaannya mara ke suku akhir Terbuka AS. FOTO AFP
BERRETTINI meraikan kejayaannya mara ke suku akhir Terbuka AS. FOTO AFP
AFP

New York: Matteo Berrettini yang kini kembali cergas berkata faktor ketakutan membantunya untuk mara ke suku akhir Terbuka Amerika Syarikat .

Pemain pilihan ke-13 berusia 26 tahun dari Rom itu menewaskan pemain Sepanyol Alejandro Davidovich Fokina 3-6, 7-6 (7/2), 6-3, 4-6, 6-2 untuk menempah tiket ke suku akhir menentang bintang Norway, Casper Ruud.

Ia adalah aksi mantap dari Berrettini di Grand Slam dalam acara perseorangan.

Walaupun pemain Itali itu terlepas Terbuka Perancis kerana kecederaan dan Wimbledon (Covid-19), Berrettini beraksi dengan baik pada empat Grand Slam terakhir.

Berrettini berkata, keputusan yang diraih itu menunjukkan dia dapat menyesuaikan diri dengan saingan Grand Slam.

"Ia bukan satu rahsia bagi saya Slam adalah matlamat musim ini," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 5 September 2022 @ 11:40 AM