ISAAC Tan gagal catat masa di bawah 1 jam.
ISAAC Tan gagal catat masa di bawah 1 jam.
Daripada Amirullah Andi Nur


Birmingham: Wakil tunggal negara, Isaac Tan Zhen Wei hanya mampu menduduki tempat ke-34 pada saingan final acara triatlon Sukan Komanwel 2022 di Sutton Park, Sutton Coldfield dekat sini, sebentar tadi.

Dia mencatatkan kepantasan 1 jam 2 minit dan 58 saat, sekali gus gagal melepasi sasaran yang ditetapkan pasukannya.

Semalam, jurulatih triatlon negara, Albert Tan Yi Wei meletakkan sasaran kepada Isaac untuk melakukan catatan di bawah satu jam pada saingan final itu.

Ia bagi mengatasi rekod terbaiknya sebelum ini iaitu satu jam satu jam, satu minit dan 05 saat (s) yang dirakamnya pada Kejohanan Pecut Triatlon Asia 2022 Sejong, Korea Selatan.

Sementara itu, skuad negara ternyata bukan tandingan kepada Afrika Selatan apabila tewas 0-46, pada aksi pembukaan acara ragbi tujuh sebelah di Stadium Coventry.

Skuad bimbingan Mohd Saizul Hafifi Md Noor akan berdepan Scotland pada aksi kedua Kumpulan B malam ini waktu tempatan sebelum melengkapkan aksi peringkat kumpulan menentang Tonga pada 30 Julai.

Pada temasya di Gold Coast 2018, skuad negara tersingkir awal selepas tewas kepada Papua New Guinea (5-31), Scotland (0-41) dan Afrika Selatan (0-43).

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 29 Julai 2022 @ 10:16 PM