YEE Khie dak cergas untuk bertanding di Komanwel. FOTO Bernama
YEE Khie dak cergas untuk bertanding di Komanwel. FOTO Bernama
Aida Adilah Mat


Kuala Lumpur: Sasaran pingat buat skuad powerlifting negara pada temasya Komanwel di Birmingham mungkin akan terjejas selepas Majlis Olimpik Malaysia (MOM) mengesahkan penarikan diri atlet, Jong Yee Khie.

MOM dalam satu kenyataan memaklumkan bahawa Yee Khie terpaksa membuat keputusan itu selepas mengalami kecederaan ketika menjalani latihan persiapan ke temasya berkenan.

"Selepas membuat pemeriksaan terhadap tahap kecederaan Yee Khie di Institut Sukan Negara (ISN) MOM mengesahkan bahawa dia tidak cergas untuk bertanding di Komanwel.

"Susulan penarikan diri Yee Khie, bilangan atlet dalam kontinjen negara ke Komanwel kini adalah seramai 105 orang.

"Pihak MOM mendoakan dan berharap agar Yee Khie akan sembuh daripada kecederaan dan kembali beraksi dalam tempoh terdekat," katanya.

Sebagai rekod pencapaian terbaik Yee Khie adalah meraih pingat perak dalam kategori 107 kg lelaki pada temasya Paralimpik Tokyo 2020 dan Kejohanan Piala Dunia Powerlifting Fazza Dubai ke-11 di Emiriah Arab Bersatu (UAE) tahun lalu.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 15 Julai 2022 @ 5:28 PM