epa09390676 Gold Medalist Malaika Mihambo of Germany during the medal ceremony for the Women's Long Jump final at the Athletics events of the Tokyo 2020 Olympic Games at the Olympic Stadium in Tokyo, Japan, 03 August 2021.  EPA/JEON HEON-KYUN
epa09390676 Gold Medalist Malaika Mihambo of Germany during the medal ceremony for the Women's Long Jump final at the Athletics events of the Tokyo 2020 Olympic Games at the Olympic Stadium in Tokyo, Japan, 03 August 2021. EPA/JEON HEON-KYUN
AFP

Tokyo: Lompatan terakhir memastikan atlet Jerman, Malaika Mihambo menang pingat emas acara lompat jauh wanita di Tokyo 2020, hari ini, mengatasi atlet veteran Amerika Syarikat (AS), Brittney Reese.

Malaika yang juga juara dunia berkedudukan gangsa sebelum lompatan terakhir, namun dia melakukan lompatan terbaik tahun ini, 7 meter (m) utuk menang emas.

Brittney yang juga pemenang emas di Olimpik London 2012, sebelum itu mendahului dengan lompatan terbaik 6.97m dan lompatan terakhirnya sekadar 6.84m untuk menang perak.

Atlet Nigeria, Ese Brume mencatatkan 6.97m untuk menang gangsa.

Malaika yang gagal menang pingat di Olimpik Rio 2016 berkata, dia tidak mahu kecewa sekali lagi ketika bersiap untuk lompatan terakhir dan perlu memperbaiki catatan 6.95m untuk mengatasi Brittney.

"Saya tahu itu peluang terakhir saya dan perlu melakukannya, jadi saya berusaha sedaya mungkin," katanya kepada AFP. "Malah, saya tahu boleh melakukan lebih baik daripada 6.95m.

"Saya yakin kepada diri sendiri dan kekuatan dalaman. Saya bertenang dan boleh melakukannya."

Malaika mengakui tidak sanggup melihat dia dipintas Brittney dalam lompatan terakhir di kejohanan itu.

"Ia sukar dan tidak sanggup melihatnya," kata Malaika. "Saya cuba melihatnya ketika ulangan untuk melihat sejauh mana lompatannya.

"Saya tidak suka berada dalam keadaan apabila tidak mampu berbuat apa-apa melainkan melihat atlet lain melakukan apa yang boleh mereka lakukan.

"Ia saat yang teruk, tetapi sekurang-kurangnya ia singkat sahaja."

Kejayaan Malaika itu menafikan hasrat Brittney untuk menamatkan penampilan di Sukan Olimpik dengan pingat emas.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 3 Ogos 2021 @ 10:21 PM