MALAIKA bersama bendera Jerman selepas tamat acara lompat jauh wanita. FOTO EPA
MALAIKA bersama bendera Jerman selepas tamat acara lompat jauh wanita. FOTO EPA
AFP

Tokyo: Atlet Jerman, Malaika Mihambo meraih pingat emas acara lompat jauh wanita Olimpik hari ini selepas memintas bekas juara Brittney Reese menerusi lompatan terakhir.

Malaika berada pada kedudukan meraih gangsa sebelum itu tetapi mempamerkan larian kencang untuk mencipta jarak 7.00 meter (m) pada lompatan terakhir yang juga catatan terbaiknya tahun ini.

Juara Olimpik, Brittney yang menduduki tempat teratas dengan lompatan terbaik sejauh 6.97m berpeluang mengatasi Malaika pada lompatan terakhir namun dia hanya mampu mencipta jarak 6.84m untuk meraih perak.

Gangsa pula milik jaguh Nigeria dengan catatan 6.97m.

"Saya fikir pertandingan kali ini adalah yang paling sengit dalam sejarah Olimpik,'' kata Malaika.

"Saya sangat gembira menjadi sebahagian daripadanya malah meraih pingat selepas bersaing sengit memberi kepuasan tak terhingga kepada saya.''

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 3 Ogos 2021 @ 11:59 AM