AKSI  Pichardo melakukan lompatan.
AKSI Pichardo melakukan lompatan.
AFP

Tokyo: Jaguh Portugal, Pedro Pichardo muncul juara acara lompat kijang lelaki hari ini dengan catatan 17.98 meter (m) sekali gus pingat emas kelima negaranya di temasya Olimpik Tokyo.

Atlet China, Zhu Yaming meraih perak dengan catatan peribadi terbaik iaitu 17.57m manakala atlet Burkina Faso, Hugues Zango (17.47m) meraih gangsa yang juga pingat pertama buat negara itu dalam sejarah Olimpik.

Juara bertahan, Christian Taylor tidak dapat mengambil bahagian selepas mengalami kecederaan achilles awal tahun ini.

Pichardo mendahului pencabar lain pada lompatan pertama dengan catatan 17.61m dan mencipta rekod kebangsaan pada lompatan ketiga.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 5 Ogos 2021 @ 3:00 PM