BACH bercakap kepada media di Tokyo. FOTO AFP
BACH bercakap kepada media di Tokyo. FOTO AFP
Agensi

Tokyo: Pemenang pingat Olimpik perlu mengalungkan pingat ke leher mereka sendiri, menurut ketua temasya sukan terbabit selepas jangkitan Covid-19 di Tokyo melonjak ke angka tertinggi dalam tempoh enam bulan.

Presiden Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa Thomas Bach berkata: 'Pingat akan diletakkan di atas dulang dan atlet akan mengambilnya sendiri dan mengalungkan ke leher masing-masing.''

Ia langkah lebih berwaspada berbanding pada final Euro 2020 di Wembley apabila pingat disarungkan ke leher pemain oleh ketua Uefa Aleksander Ceferin malah Ceferin turut berjabat tangan dengan penjaga gol Itali, Gianluigi Donnarumma.

Bach yang bermesyuarat dengan Perdana Menteri Jepun Yoshihide Suga bagi membincangkan langkah keselamatan berkaitan Covid di Tokyo mengesahkan atlet tidak dibenarkan berjabat tangan dan berpelukan ketika acara penyampaian hadiah.

Tokyo melaporkan 1,149 kes baharu semalam meningkat 830 daripada hari sebelumnya. Ia jumlah tertinggi sejak 22 Januari lalu apabila 1,184 orang didapati positif.

Suga menggesa Bach memastikan Olimpik berlangsung dengan selamat terutamanya kepada masyarakat awam di Jepun dengan hanya 20 peratus yang sudah pun di vaksin sepenuhnya.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 15 Julai 2021 @ 2:24 PM