OLIMPIK tidak akan dibatalkan atau ditunda. FOTO AGENSI
OLIMPIK tidak akan dibatalkan atau ditunda. FOTO AGENSI
AFP

Sydney: Naib Presiden Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa, John Coates menegaskan bahawa tiada apa yang dapat menghalang penganjuran Olimpik Tokyo biarpun terdapat risiko Covid-19 yang berterusan.

Ditanya senario terkini penganjuran itu yang akan bermula pada 23 Julai akan dibatalkan atau ditunda sekali lagi pada saat-saat terakhir beliau berkata: "Tidak. Tiada akan berlaku.

"Perdana Menteri Jepun berkata perkara itu kepada presiden Amerika Syarikat tiga dua atau tiga minggu lalu. Dia seterusnya mengatakan memaklumkan kepada IOC.

"Kami bekerjasama dengan (Perdana Menteri Jepun Yoshihide Suga) untuk semua langkah keselamatan. Ini akan dilakukan."

Suga mengadakan perbincangan dengan Presiden AS, Joe Biden pada April dan menegaskan negara Asia itu akan melakukan apa saja yang mungkin untuk membendung penularan Covid-19 dan menganjurkan Olimpik dalam keadaan selamat dan terjamin.

Namun persoalan terus diperkatakan penganjuran temasya itu, memandangkan wabak masih lagi berterusan dengan beberapa tempat di Jepun diisytiharkan darurat.

Biarpun wabak Covid-19 Jepun jauh lebih kecil berbanding beberapa negara lain, apabila hanya mencatatkan 19,500 kematian, pemberian vaksin masih lagi perlahan dan tinjauan mendapati ramai rakyat Jepun menyokong temasya itu dibatalkan atau ditunda.

"Kami menghabiskan separuh pertama tahun lalu untuk mengenal pasti semua senario terburuk," katanya selepas mesyuarat agung tahunan Jawatankuasa Olimpik Australia.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 8 Mei 2021 @ 2:28 PM