Logo Olimpik dan bendera Jepun dipaparkan di Musim Olimpik di Tokyo. FOTO File AFP
Logo Olimpik dan bendera Jepun dipaparkan di Musim Olimpik di Tokyo. FOTO File AFP
Agensi

Beijing: Majlis Olimpik China menawarkan dos vaksin Covid-19 kepada mereka yang bertanding pada acara Sukan musim panas dan Sukan musim sejuk 2022 di Beijing.

Perkara itu diumumkan oleh Presiden Majlis Olimpik Antarabangsa (IOC), Thomas Bach yang mengulangi Tokyo 2020 yang ditangguhkan akan bermula pada 23 Julai ini.

"Pihak IOC akan membayar tambahan dos vaksin bagi pasukan Olimpik dan Paralimpik," tambahnya.

Olimpik musim sejuk dijadualkan bermula pada Februari ini.

Bach menambah: "Bagi setiap dos ini, IOC akan membayar dua dos lebih banyak yang dapat disediakan untuk penduduk di negara masing-masing.

Sementara itu, Ketua Eksekutif Jawatankuasa Olimpik dan Paralimpik Amerika Syarikat (AS), Sarah Hirshland berkata, pasukan atlet AS mungkin menerima vaksin seperti yang ditetapkan sebelum menyertai kejohanan.

  • Lagi berita berkaitan Perintah Kawalan Pergerakan
  • Lagi berita berkaitan Covid-19
  • Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 12 Mac 2021 @ 11:48 AM