EFE

Tokyo: Penganjur Tokyo 2020 memperkenalkan Perkampungan Olimpik yang dibina khas bagi menghalang penularan Covid-19 ketika temasya sukan itu berlangsung bulan depan.

Atlet dan jurulatih pastinya akan meluangkan sebahagian besar waktu mereka sepanjang Olimpik di kemudahan yang disediakan ini kerana mereka dilarang daripada meninggalkan perkampungan itu untuk bergerak bebas di negara terbabit.

CECAIR pensantasi tangan disediakan di ruang makan utama. FOTO EPA
CECAIR pensantasi tangan disediakan di ruang makan utama. FOTO EPA

Fasiliti seluas 44 hektar, dibina di pulau tiruan Tokyo Bay mengandungi 18,000 bilik tidur bagi atlet Olimpik dan 8,000 bagi Paralimpik yang akan bertanding, kata penganjur ketika jelajah media.

Terdapat dua ruang makan, dilengkapi penghadang plastik yang memisahkan setiap ruang tempat duduk bagi mengelak daripada wabak berkenaan menular dikalangan atlet.

STATUS kesesakan di beberapa kawasan dipaparkan di pintu masuk ruang makan utama. FOTO EPA
STATUS kesesakan di beberapa kawasan dipaparkan di pintu masuk ruang makan utama. FOTO EPA

Ia turut dilengkapi pusat khas bagi atlet yang diuji positif Covid-19 dalam ujian wajib yang dijalankan setiap hari, dimana mereka akan menjalani ujian PCR untuk memastikan sama ada tidak dijangkiti virus itu.

Atlet harus menunggu keputusan di bilik pengasingan jika ujian didapati positif, sebelum dipindahkan ke fasiliti kuarantin diluar kawasan perkampungan atau hospital berkaitan.

ANTARA klinik di tempat kediaman atlet. FOTO EPA
ANTARA klinik di tempat kediaman atlet. FOTO EPA

Pasukan khas akan mengesan individu yang mempunyai kontak rapat dengan individu yang dijangkiti untuk menjalani ujian dan meletakkan mereka di kawasan pengasingan sementara.

Perkampungan itu juga mempunyai gimnasium dilengkapi penghadang plastik bagi mengasingkan 600 mesin senaman disediakan kepada atlet. Mereka turut diwajibkan memakai pelitup muka ketika melakukan senaman.

Terdapat kemudahan teksi dan bas yang disediakan sebagai pengangkutan utama bagi memudahkan atlet dari perkampung terbabit bergerak ke tempat latihan atau venue stadium kerana mereka tidak dibenarkan menggunakan pergangkutan awam lain.

PERINGATAN bagi atlet di kediaman di Perkampungan Olimpik. FOTO EPA
PERINGATAN bagi atlet di kediaman di Perkampungan Olimpik. FOTO EPA

  • Lagi berita berkaitan Perintah Kawalan Pergerakan
  • Lagi berita berkaitan Covid-19
  • Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 22 Jun 2021 @ 11:23 AM