Tokyo: Serbia mengekalkan kejuaraan dalam acara polo air lelaki di Olimpik selepas mencatat kemenangan 13-10 ke atas Greece, sekali gus memenangi pingat emas ke 339 yang ditawarkan pada temasya sukan Tokyo yang tertangguh kerana pandemik Covid-19.
Dusan Mandic, Nikola Jaksic dan Andrija Prlainovic masing-masing meledak tiga gol ketika Serbia mempertahankan mahkota yang dimenangi mereka di Rio lima tahun lalu, sekali gus menafikan pingat emas pertama Olimpik buat Greece dalam mana-mana acara berpasukan.
Ia adalah emas ketiga Serbia di Jepun selepas menang dalam taekwondo dan karate wanita.
Greece menamatkan temasya dengan pingat emas dalam acara kayak lelaki dan lompat jauh.