AKSI pemain tenis dari Russia, Anastasia Pavlyuchenkova. FOTO AFP
AKSI pemain tenis dari Russia, Anastasia Pavlyuchenkova. FOTO AFP
AFP

Paris: Anastasia Pavlyuchenkova menewaskan pemain nombor 85 dunia, Tamara Zidansek dari Slovenia 7-5, 6-3 untuk mara ke final Grand Slam pertamanya dalam percubaan ke-52 di Terbuka Perancis, sebentar tadi.

Pemain Russia berusia 29 tahun itu akan berdepan pemain Greece dan pilihan ke-17, Maria Sakkari atau pemain bukan pilihan Barbora Krejcikova dari Republik Czech bagi kejuaraan yang dijadualkan berlangsung Ahad, 14 tahun selepas penampilan pertamanya di Grand Slam.

Anastasia, mara ke suku akhir di Paris sedekad yang lalu, menjadi pemain wanita pertama beraksi lebih 50 kejohanan utama sebelum tampil dalam final sulungnya, mengatasi rekod sebelumnya iaitu 44 oleh naib juara Terbuka Amerika Syarikat 2015, Roberta Vinci.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 10 Jun 2021 @ 11:40 PM