REAKSI Maria selepas menewaskan Iga. FOTO AFP
REAKSI Maria selepas menewaskan Iga. FOTO AFP
AFP

Paris: Maria Sakkari menewaskan juara bertahan Iga Swiatek 6-4, 6-4 untuk mara ke separuh akhir Grand Slam buat kali pertama di Terbuka Perancis hari ini.

Pemain nombor 18 dunia dari Greece itu akan berdepan pemain bukan pilihan Barbora Krejcikova dari Republic Czech untuk tempat ke final selepas menamatkan impian Iga yang terpaksa diberi rawatan pada set kedua.

Pada satu lagi aksi separuh akhir, pilihan ke-31 dari Russia, Anastasia Pavlyuchenkova bakal menentang pemain bukan pilihan, Tamara Zidansek dari Slovenia.

Buat kali kedua dalam era Terbuka, pertarungan esok menyaksikan empat pemain yang kali pertama mara ke separuh akhir Grand Slam selepas Terbuka Australia 1978.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 9 Jun 2021 @ 10:41 PM