SPIETH terus mendahului pada hari ketiga Cabaran Charles Schwab. FOTO AFP
SPIETH terus mendahului pada hari ketiga Cabaran Charles Schwab. FOTO AFP
AFP

Los Angeles: Jordan Spieth berjaya menyempurnakan putt sejauh 2.4 meter untuk melakukan birdie di lubang ke-18 sekali gus mengekalkan kedudukan pendahulu dengan kelebihan satu pukulan mengatasi Jason Kokrak menjelang pusingan terakhir Jelajah PGA Amerika Syarikat (AS), Cabaran Charles Schwab.

Putt ternyata banyak membantu Spieth untuk mengekalkan kedudukan pendahulu dengan mencatatkan empat di bawah par 66 da keseluruhan 195 pukulan.

"Saya rasa ia seperti sebelum ini di mana saya gagal melakukan permulaan dengan baik tapi dalam masa sama mengekalkan pukulan lain dengan sempurna.

"Ia memang sukar, jika anda sedikit tersasar di sini, ia bakal membuka ruang untuk mencatat keputusan baik, jadi anda harus melakukannya dengan tepat," kata Spieth.

Spieth berkata, dia harus menerima hakikat beraksi dengan kurang baik pada sembilan lubang di belakang tapi perkara itu membuatkannya cuba untuk bangkit mencari ketepatan pukulan, tatkala dia berjaya memastikan tidak terlepas untuk menjatuhkan bola di kawasan sepatutnya.

"Saya mampu untuk melakukan beberapa birdie pada sembilan lubang terakhir di mana sebelum itu saya rasa peluang sangat tipis. Saya rasa berada di posisi yang betul dan sabar," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 30 Mei 2021 @ 1:52 PM