AKSI Spieth di lubang ke-14. FOTO AFP
AKSI Spieth di lubang ke-14. FOTO AFP
AFP

Washington: Seminggu sebelum beraksi di Grand Slam, Jordan Spieth membenam lima bogey sembilan bawah par 63 untuk berkongsi kedudukan selaku pendahulu di AS PGA Byron Nelson.

Juara tiga kejohanan utama, Spieth melakukan eagle putt dari jarak 55 kaki par tiga lubang ke-18 di TPC Craig Ranch untuk menyamai catatan yang dilakukan pemain Amerika J.J. Spaun yang mendahului saingan selepas 18 lubang di McKinney, Texas.

"Saya memukul dari kiri ke kanan pada permulaan dan selebihnya lurus," kata Spieth selepas pukulan terakhir.

"Saya hanya berusaha untuk memanfaatkan hari yang baik dan saya mula bertenang kerana saya fikir ia saya akan terlepas di belah kiri kerana jatuh di sebelah kiri lubang.

Ia satu permulaan yang menggembirakan buat pemain berusia 27 tahun itu yang cuba untuk melengkapkan kariernya dengan kejayaan merangkul gelaran Grand Slam minggu depan dengan memenangi kejohanan PGA di Kiawah Island, Carolina Selatan.

Spieth menamatkan kemarau kemenangan selepas empat tahun sejak Terbuka Britain pada 2017 apabila menang di Terbuka Texas bulan lalu seminggu sebelum beraksi di Masters yang mana dia berkongsi tempat ketiga.

Penonton yang menyokong Spieth melepaskan suara gemuruh ketika dia menyempurnakan putt terakhir.

"Saya rasa di akhir babak mereka mereka mula bersemangat dengan ayunan saya pasti ada kaitan dengan itu.

"Ia seperti satu kuasa elektrik. Maksud saya ia menyeronokkan. Hebatnya dapat merasai sokongan.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 14 Mei 2021 @ 2:20 PM