SPIETH bergambar bersama trofi Terbuka Texas. FOTO AFP
SPIETH bergambar bersama trofi Terbuka Texas. FOTO AFP
AFP

Los Angeles: Bekas pemain nombor satu dunia, Jordan Spieth menamatkan kemarau kejuaraan hampir empat tahun selepas menjuarai Terbuka Texas awal pagi tadi sekaligus pemanas badan terbaik menjelang Masters minggu depan.

Spieth yang tidak menang sejak memenangi gelaran utama ketiganya di Terbuka British 2017 di Royal Birkdale memberikan amaran cabarannya tidak boleh dipandang remeh di kejohanan utama pertama 2021 di Augusta National.

"Ini kemenangan sangat penting kepada saya," kata Spieth. "Ia salah satu yang idam sekian lama.''

Spieth melakukan tujuh birdie dengan enam bawah par 66 mengatasi cabaran Charley Hoffman dengan dua pukulan untuk keseluruhan 18 bawah par 270.

Kini Spieth menuju Augusta National dengan semangat tambahan di mana dia baru berusia 21 tahun ketika menjuarai gelaran utama pertama di Masters 2015 sebelum memenangi Terbuka AS pada tahun sama.

Pemain England, Matt Wallace di tempat ketiga dengan dua bawah par 274.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 5 April 2021 @ 1:55 PM