SPIETH (kiri) teraju pusingan kedua Terbuka British.
SPIETH (kiri) teraju pusingan kedua Terbuka British.
Agensi

Southport, England: Jordan Spieth gembira selepas bertarung dengan angin kuat dan hujan untuk mendahului selesa pusingan kedua kejohanan golf Terbuka British, kelmarin.

Pemain nombor tiga dunia dari Amerika Syarikat (AS) itu melakukan 69 pukulan untuk menamatkan cabaran enam bawah par, dua di depan rakan senegara Matt Kuchar.

Spieth yang melakukan 65 pukulan pada pusingan pertama sedang memburu takhta ketiga utamanya.

“Saya melakukan enam bawah par dan permainan saya begitu menjadi hari ini. Saya gembira dengan catatan itu,” kata Spieth.

Kemuncak permainannya hadir di lubang ke-15 apabila Spieth melakukan pukulan putt dari jarak 15 kaki untuk catatan eagle.

“Saya tidak melakukan pukulan hebat,” katanya. “Tapi, pukulan itu begitu sempurna.’

Walaupun dia kemudiannya mencatat bogey keempat pada lubang berikutnya, pemain AS itu tetap gembira dengan permainannya.

“Saya berasa sungguh gembira ketika ini. Tiada kata-kata yang dapat menggambarkannya,” kata pemain berusia 23 tahun itu.

Dua kejayaan besar Spieth hadir di Masters dan Terbuka AS pada 2015. Dia juga menamatkan aksi terikat di tempat keempat Terbuka British tahun yang sama.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 23 Julai 2017 @ 4:51 AM