WOODS masih belum pulih sepenuhnya daripada kecederaan akibat kemalangan. FOTO AFP
WOODS masih belum pulih sepenuhnya daripada kecederaan akibat kemalangan. FOTO AFP
APF

Augusta, Amerika Syarikat: Kecederaan kaki yang teruk ketika kemalangan kereta pada Februari lalu menyaksikan Tiger Woods terpaksa menarik diri daripada menyertai Masters pada ulang tahun ke-20 kemenangan 'Tiger Slam' di Augusta National.

Namun bintang berusia 45 tahun, yang merangkul 15 gelaran utama termasuk lima jaket hijau Masters, meninggalkan legasi yang tersendiri di lapangan berkenaan.

Woods menjalani proses pemulihan di rumahnya di Florida selepas cedera parah dalam kemalangan kereta yang berpusing beberapa kali di Selatan California.

Woods, memenangi kejohanan Masters 2019 menjadi pemain kulit hitam pertama memenangi gelaran utama dan berjaya merebut gelaran Masters pada 1997.

Khamis ini Masters akan memberi penghormatan kepada pemain golf kulit hitam pertama yang bermain di kejohanan itu Lee Elder untuk membuat pukulan tee bersama-sama Jack Nicklaus dan Gary Player.

"Lee adalah perintis. Dia yang memecahkan tradisi pemain kulit hitam dan membuka jalan kepada pemain lain seperti saya menyertai kejohanan ini," kata Woods.

"Ironinya dia melakukannya pada tahun 75, saya dilahirkan pada tahun yang sama dan ketika saya menang pada 1997, dia kembali semula ke green."

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 3 April 2021 @ 1:39 PM