Rory McIlroy sering diberikan kata-kata semangat oleh Woods. FOTO AFP
Rory McIlroy sering diberikan kata-kata semangat oleh Woods. FOTO AFP
Agensi

New York: Rory McIlroy berkata Tiger Woods beransur pulih dan mungkin berada di rumah dalam masa seminggu atau sebelumnya selepas mengalami kecederaan serius akibat kemalangan kereta.

Juara 15 kali kejohanan utama dari Amerika Syarikat berusia 45 tahun itu sedang menjalani proses pemulihan selepas mengalami kecederaan di kaki dan pergelangan kaki dalam kemalangan pada bulan lalu.

McIlroy berkata Woods berada dalam semangat yang baik.

"Saya harap, jika semuanya berjalan lancar beberapa minggu akan datang atau sebaliknya dia mungkin dapat pulang ke rumah," Mcllroy memberitahu keadaan Woods pada program Tonight Show bersama Jimmy Fallon.

McIlroy berkata Woods turut mengkritik aksi permainannya, termasuk pada pusingan akhir 76 di Jemputan Arnold Palmer, Ahad lalu.

"Saya ada bercakap dengannya sekejab, dia bertambah baik. Saya fikir kami semua berjaya menghubunginya," kata pemain dari Ireland Utara itu.

"Kami mengharapkan dia cepat sembuh dalam tempoh sukar seperti ini.

"Dia ada menghantar pesanan kepada saya memberi galakan sebelum pusingan akhir Bay Hill pada Ahad dan perkara berlaku tanda dirancang dan dia adalah orang pertama yang menghantar pesanan kepada saya dan ia adalah seperti 'Apa sudah jadi di sana?'

"Jadi sekalipun berada di katil hospital dia masih memberikan kata semangat kepada saya."

McIlroy antara kelompok pemain yang memakai baju merah dan berseluar hitam, warna kegemaran Woods ketika beraksi pada pusingan akhir kejohanan WGC-Workday, lima hari selepas kemalangan yang menimpa Woods.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 11 Mac 2021 @ 12:43 PM