DISEBABKAN Covid-19 kejohanan Masters sulung bagi Jelajah ATP ini tidak dapat diadakan tahun depan. FOTO Agensi
DISEBABKAN Covid-19 kejohanan Masters sulung bagi Jelajah ATP ini tidak dapat diadakan tahun depan. FOTO Agensi
AFP

Paris: Pandemik Covid-19 terus mengganggu kalendar tenis lelaki dengan saingan Indian Wells tidak akan diadakan selepas lapan minggu Terbuka Australia berakhir.

Perkara berkenaan disahkan ATP dalam satu kenyataan media yang menegaskan ia tidak akan dilangsungkan seperti kebiasaan iaitu setiap Mac disebabkan impak Covid-19.

Indian Wells berlangsung di California dan menjadi tradisi kejohanan Masters sulung setiap tahun untuk jelajah pemain lelaki dan diadakan bersama saingan wanita.

"Keputusan ini dibuat selepas perbincangan dengan pihak berkuasa kesihatan tempatan dan negeri.

"Kejohanan ini bekerjasama rapat dengan Jelajah ATP dan WTA begitu juga dengan penaja kejuaraan BNP Paribas bagi mengesahkan tarikh bagi penganjuran untuk tahun akan datang," kata penganjur.

Kes Covid-19 di California menunjukkan peningkatan.

"Pada 28 Disember, California mencatatkan 2,155, 976 kes, dengan 24,284 kematian. Kes yang berkaitan kematian meningkat kepada 0.3 peratus berbanding 24, 220 sebelum ini," jelas kerajaan negeri.

Terbuka Australia, sepatutnya bermula 18 Januari, namun ia ditangguhkan kepada 8 hingga 21 Februari.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 30 Disember 2020 @ 11:33 AM