Pemain golf Korea Selatan, Ko Jin-young. FOTO Agensi
Pemain golf Korea Selatan, Ko Jin-young. FOTO Agensi
AFP

Washington: Pemain nombor satu dunia, Ko Jin-young dari Korea Selatan memburu kejuaraan golf major yang cukup diidamkan apabila Covid-19 menangguhkan saingan Terbuka Wanita Amerika Syarikat (AS) bermula esok di Houston, Texas.

Pemain golf berusia 25 tahun dari Seoul, juara dua kali kejohanan major, menghabiskan hampir sepanjang tahun di kampung halaman selepas pandemik menyebabkan aksi Jelajah LPGA tertangguh dari Februari hingga penghujung Julai

Namun Jin-young kembali ke Amerika bulan lalu dan beraksi di dua acara penampilan, menduduki tempat kelima minggu lalu di Dallas, untuk persediaan pada kejohanan major hujung tahun di Champions Golf Club.

Salah satu memori awal dalam golf adalah melihat pemain Korea Selatan, Pak Se-ri memenangi Terbuka Wanita AS hanya tujuh minggu selepas memenangi kejuaraan major pertama di Kejohanan LPGA.

"Ketika saya berusia tiga tahun saya menyaksikan di televisyen di atas riba bapa saya mengenai kemenangan Se Ri apabila dia memenangi kejohanan ini dan saya mahu bermain golf, jadi saya pun bermula," kata Jin-young.

"Memang ya, saya mahu merangkul trofi Terbuka AS."

Jin-young melakar gelaran dua major pertama tahun lalu di ANA Inspiration dan Kejohanan Evian, tetapi tidak beraksi pada acara major tahun ini, hanya kembali menjelang aksi The Open dan penghujung musim Kejohanan Jelajah LPGA minggu depan.

"Sejujurnya, saya berasa pelik kerana beraksi pada Disember menjelang Hari Krismas. Ia adalah kali pertama," kata Jin-young.

"Namun cabarannya tetap sukar, dan semua orang kelihatan gementar juga, jadi ia menjadi lebih seronok."

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 9 Disember 2020 @ 10:48 AM