NELLY berusia 23 tahun.
NELLY berusia 23 tahun.
AFP

Miami: Persaingan sengit pemain nombor satu dunia, Nelly Korda dan Ko Jin-young mencapai kemuncak apabila kedua-duanya berentap di Kejohanan Jelajah LPGA di Kelab Golf Tiburon, Florida hari ini.

Nellya dan Jin-young menguasai golf wanita 2021 apabila kedua-duanya bergilir bertukar status ranking nombor satu dan berkongsi lapan kemenangan sesama mereka dengan Nelly turut meraih pingat emas Olimpik.

Nelly berharap dapat menamatkan musim gemilang dengan menjuarai Jelajah LPGA buat kali kelima dan tiba di Naples dengan lebih bersemangat selepas menjuarai Kejohanan Pelican pada Ahad lalu.

Pemain Amerika Syarikat berusia 23 tahun itu sebelum ini memenangi dua kejuaraan berturut-turut dengan muncul juara Kejohanan Wanita PGA pada Jun, seminggu selepas mengungguli Klasik LPGA Meijer di Belmont, Michigan.

Nelly bagaimanapun tahu dia perlu berhati-hati dan tidak terlalu menekan dirinya selepas bersaing sengit di Pelican.

"Minggu lalu menyuntik keyakinan saya tetapi saya sedar sukar untuk mengulangi kemenangan berturut-turut kerana ia memerlukan ketahanan mental dan fizikal," kata Korda.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 18 November 2021 @ 12:39 PM