JIN-young (tengah)  meraikan kejayaan bersama kedi, David Brooker dan ejen, Soo Jin Choi dengan terjun ke dalam Poppies Pond. - FOTO AFP
JIN-young (tengah) meraikan kejayaan bersama kedi, David Brooker dan ejen, Soo Jin Choi dengan terjun ke dalam Poppies Pond. - FOTO AFP
AFP

KO Jin-young meraih trofi utama pertama selepas menjuarai kejohanan ANA Inspiration selepas mengatasi cabaran rakan senegara dari Korea Lee Mi-Hyang dengan kelebihan tiga pukulan, awal pagi tadi.

Pemain berusia 23 tahun itu menamatkan permainan dengan birdie bergaya dan mencatat dua bawah par 70 pada pusingan akhir kejohanan utama pertama musim ini di Mission Hills Country Club berhampiran Palm Springs, California.

"Saya bagaikan tidak percaya,” kata Jin-young yang muncul pemain Korea Selatan kelima menjuarai kejohanan itu. Saya agak gementar ketika melakukan pukuIan.”

Jin-young yang beraksi buat tahun kedua menamatkan permainan dengan catatan keseluruhan 10 bawah 278 untuk gelaran keempat LPGA. Dia juga menjuarai Piala Hope Founder bulan lalu.

Mi-Hyang pula menduduki tempat kedua berseorangan selepas mencatat dua bawah par 70 dan pemain Amerika Syarikat, Lexi Thompson ketiga dengan catatan enam bawah par 282 keseluruhan.

Kim In-kyung dan Carlota Ciganda dari Sepanyol berkongsi tempat keempat apabila terikat dengan catatan 5 ‘under’, lima pukulan di belakang Jin-young.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 8 April 2019 @ 11:08 AM