PEMAIN Young Elephants Pahang (jersi hitam) terjatuh ketika diasak pemain Liaoninpada saingan TNB Liga Hoki Malaysia (TNB MHL) 2024 di Stadium Wisma Belia Kuantan. FOTO MOHD RAFI MAMAT
PEMAIN Young Elephants Pahang (jersi hitam) terjatuh ketika diasak pemain Liaoninpada saingan TNB Liga Hoki Malaysia (TNB MHL) 2024 di Stadium Wisma Belia Kuantan. FOTO MOHD RAFI MAMAT
Mohd Rafi Mamat


Kuantan: Pasukan Young Elephants Pahang tewas 0-2 kepada pasukan jemputan dari China, Liaonin bagi kategori premier TNB Liga Hoki Malaysia (TNB MHL) 2024 di Stadium Wisma Belia, di sini, hari ini.

Berhadapan skuad remaja China itu, pemain muda bimbingan jurulatih, Mohd Sufian Mohamad dilihat tidak mampu menghalang lawan dan kecundang buat kali kedua.

Menurut Mohd Sufian, selepas tewas 0-2 pada skuad senior UITM HA-KPT, kelmarin, nasib sama berlaku hari ini, walaupun pemain memberi persembahan terbaik sepanjang perlawanan.

"Walaupun tewas dua perlawanan dilalui, saya tetap berpuas hati dengan tentangan yang diberikan barisan pemain apabila mereka seolah-olah tidak gentar berhadapan dengan pihak lawan.

"Jentera tengah dan serangan mengatur serangan ke kubu lawan, namun gagal melakukan penyudah tepat. Beberapa peluang pukulan sudut penalti yang diterima tidak dapat disempurnakan dengan berkesan.

"Saya akan berusaha mengatasi kelemahan yang ada dalam memastikan kejayaan dapat dicatat pada perlawanan selepas ini," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 4 Februari 2024 @ 8:28 PM