FAIZAL Saari cuba melepasi kawalan pemain Great Britain. FOTO Ihsan MHC
FAIZAL Saari cuba melepasi kawalan pemain Great Britain. FOTO Ihsan MHC
Saiful Affendy Sapran


Kuala Lumpur: Skuad hoki negara mengalami kekalahan kedua pada aksi persahabatan antarabangsa selepas tewas 1-3 kepada Britain hari ini di Stadium Hoki Nasional Bukit Jalil.

Rupert Shipperley meletakkan Britain di depan minit ke-35 menerusi gol padang sebelum Phil Roper menambah gol kedua seminit kemudian, juga hasil gol padang.

Adam Dixon menjadikan kedudukan 3-0 selepas menyempurnakan pukulan sudut penalti minit ke-44.

Muhammad Razie Abd Rahim meraih gol saguhati untuk skuad negara lima minit sebelum tamat perlawanan menerusi pukulan sudut penalti.

Skuad negara di bawah bimbingan Arul Selvaraj sebelum ini tewas 0-3 pada perlawanan persahabatan pertama.

Selepas ini Malaysian Tigers akan bertemu Jepun sekali lagi pada aksi perlawanan persahabatan ketiga esok.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 19 April 2021 @ 11:08 PM