Sebanyak 15 kilogram (kg) ulat sutera tanpa permit import dirampas Maqis Pulau Pinang di pintu masuk Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang (LTAPP). FOTO Ihsan Maqis
Sebanyak 15 kilogram (kg) ulat sutera tanpa permit import dirampas Maqis Pulau Pinang di pintu masuk Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang (LTAPP). FOTO Ihsan Maqis
Zuhainy Zulkiffli


Bayan Lepas: Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (Maqis) Negeri Pulau Pinang berjaya mematahkan cubaan membawa masuk 15 kilogram (kg) ulat sutera tanpa permit import di pintu masuk Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang (LTAPP), hari ini.

Maqis dalam kenyataan berkata, hasil pemeriksaan terhadap bagasi milik penumpang dari negara Vietnam mengandungi ulat sutera dan cuba dibawa masuk ke dalam negara.

Katanya, ulat sutera itu dirampas kerana dibawa masuk ke dalam negara tanpa kelulusan dan dokumen permit import yang sah.

"Perbuatan mengimport atau membawa masuk keluaran hasilan pertanian tanpa permit yang sah menjadi satu kesalahan mengikut Seksyen 11(1) Akta Perkhidmatan

Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia 2011 [Akta 728] yang boleh di hukum dibawah

Seksyen 11(3) akta sama.

"Jika sabit kesalahan, boleh didenda tidak melebihi RM100,000 atau dipenjarakan tidak melebihi enam tahun atau kedua-duanya sekali," menurut kenyataan itu, hari ini.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 9 Julai 2024 @ 7:29 PM