HAMIDIN terima hati terbuka teguran Sultan Selangor.
HAMIDIN terima hati terbuka teguran Sultan Selangor.
Amirul Fazli Zulkafli


Kuala Lumpur: Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) Datuk Hamidin Mohd Amin memaklumkan sudah menghantar surat rasmi memohon untuk menghadap Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah susulan kemelut membabitkan Selangor FC.

Ringkasan Berita
  • Presiden FAM Datuk Hamidin Mohd Amin menerima 'teguran' daripada Sultan Selangor dengan hati terbuka.
  • Hamidin sudah menghantar surat rasmi memohon menghadap Sultan Selangor.
  • Beliau mahu memberi penjelasan mengenai kemelut dan isu terkini membabitkan Selangor FC.
  • Jelasnya, beliau menerima dengan hati terbuka berkenaan 'teguran' keras dari Sultan Selangor dan bagi menjernihkan keadaan, beliau mengambil pendekatan serta mengesahkan sudah menghubungi pihak Istana Selangor semalam.

    "Saya maklum dengan dukacita Sultan Selangor. Saya sudah hubungi pihak istana semalam. Kemudian, saya susuli dengan menghantar warkah untuk mengadap Sultan Selangor hari ini bagi memberi penjelasan (mengenai kemelut dan isu terkini)," katanya ketika selepas Majlis Pelancaran Liga Wanita Nasional di ibu negara, hari ini.

    Untuk rekod, Sultan Selangor menzahirkan rasa kecewa dan amat dukacita dengan keputusan ahli-ahli Liga Bolasepak Malaysia (MFL) serta ahli-ahli Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) khususnya Presiden FAM, Datuk Hamidin Mohd Amin berhubung kes ketidakhadiran Selangor FC ke perlawanan Piala Sumbangsih, 10 Mei lalu.

    Dalam titah itu, baginda turut terkejut kerana Hamidin langsung tidak serius bersuara padahal beliau sebelum ini bekas Setiausaha Agung Persatuan Bola Sepak Selangor (FAS) dari tahun 1995 hingga 2013 dan berpengalaman dalam arena bola sepak Selangor serta penerima darjah kebesaran Datuk Sultan Sharafuddin Idris Shah (D.S.I.S.) daripada baginda.

    Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 27 Jun 2024 @ 1:32 PM