LIVERPOOL sekali lagi perlu bersaing dengan Manchester City dan Arsenal untuk perebutan kejuaraan EPL. -FOTO AFP
LIVERPOOL sekali lagi perlu bersaing dengan Manchester City dan Arsenal untuk perebutan kejuaraan EPL. -FOTO AFP
Agensi

Liverpool: Pengendali Liverpool, Jurgen Klopp percaya mereka akan menjadi juara Liga Perdana Inggeris sekali lagi jika memenangi kesemua baki enam perlawanan musim ini.

Deretan keputusan menghampakan bermula dengan seri menentang Manchester United dan kekalahan kepada Atalanta serta Crystal Palace, diakhiri dengan kemenangan 1-0 di Bergamo pada suku akhir kedua Liga Europa tetapi tewas 3-1 secara agregat.

Kemenangan bersih pertama dalam 10 perlawanan mampu memberi semangat baharu buat Liverpool, terutama di bahagian pertahanan, dan Klopp percaya jurang dua mata dengan pendahulu, Manchester City mampu diatasi dengan persembahan sempurna.

"Ia tidak terletak di tangan kami, ia bukan tentang itu. Saya rasa jika kami menang kesemua baki perlawanan, kami berpeluang menjadi juara.

"Jika tidak peluang itu akan menjadi milik orang lain untuk menjadi juara.

"Mungkin kami hanya perlu menang lima, tetapi siapa tahu. Siapa sangka Arsenal akan tewas kepada Aston Villa.

"Kita semua merasakan City akan memenangi semua baki perlawanan mereka dan itu sering terjadi, tetapi mereka mempunyai banyak perlawanan serta lawan sukar untuk diharungi.

"Kami tidak memikirkan tentang itu. Kami tidak memikirkan tentang mereka. Ia tentang bagaimana kami perlu pastikan untuk kembali memenangi perlawanan," kata Klopp.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 20 April 2024 @ 12:42 PM