KLOPP yakin City akan memenangi kesemua baki perlawanan liga. FOTO Agensi
KLOPP yakin City akan memenangi kesemua baki perlawanan liga. FOTO Agensi
AFP

London: Pengurus Liverpool, Jurgen Klopp menegaskan usaha pasukannya untuk memburu kejuaraan Liga Perdana Inggeris (EPL) tidak berubah walaupun Manchester City kalah mengejut kepada Tottenham hujung minggu lalu.

Kekalahan 2-3 City, dengan bintang Spurs dan ketua pasukan England, Harry Kane meledak dua gol, selepas pasukannya mengalahkan Norwich, menyaksikan pasukan bimbingan Klopp hanya dibezakan enam mata dengan penyandang juara itu.

Defisit berkenaan boleh berkurangan kepada tiga mata jika Liverpool berjaya mencatat kemenangan berdepan Leeds awal pagi esok.

Klopp bagaimanapun yakin City akan memenangi kesemua baki perlawanan liga, bermakna Liverpool harus menumpukan perhatian kepada diri mereka sendiri.

"Saya dalam perjalanan pulang apabila ketika Tottenham mendahului 2-1 dan tidak mengikutinya lagi kerana saya pasti mereka akan menyamakan kedudukan.

"Kemudian kami keluar dan pemandu sangat teruja dan memberitahu saya bahawa kedudukan menjadi 2-2 dan akhirnya 3-2, saya fikir City menang tetapi sebaliknya.

"Tiada apa yang berubah untuk kami, kami perlu memenangi semua perlawanan kami. Saya rasa anda boleh jangkakan (Manchester City akan memenangi semua perlawanan mereka). Dari segi sejarah ia berlaku lebih kerap daripada tidak berlaku," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 23 Februari 2022 @ 2:55 PM