DE la Fuente yalin kemampuan anak buahnya. FOTO AFP
DE la Fuente yalin kemampuan anak buahnya. FOTO AFP
AFP

London: Jurulatih Sepanyol Luis de la Fuente menegaskan skuadnya mempunyai 'ramuan' untuk melonjakkan diri pada Euro 2024 di mana bekas juara itu akan menjadi 'pencabar.

Jurulatih berusia 62 tahun itu bercakap dengan AFP sebelum kekalahan 0-1 kepada Colombia pada perlawanan persahabatan antarabangsa di Stadium London.

Selain membincangkan perkembangan pasukannya, De la Fuente turut merungut penahanan minggu ini dalam siasatan rasuah, yang terbaru dalam rentetan skandal yang telah menjerat Persekutuan Bola Sepak Sepanyol (RFEF).

"Adalah tidak baik untuk bola sepak Sepanyol bahawa perhatian dialihkan kepada tumpuan lain ini," kata De la Fuente.

Jurulatih itu membawa Sepanyol merangkul kejuaraan Euro Bawah 19 dan Bawah 21 Tahun serta pingat perak Olimpik di Tokyo sebelum mengambil alih pasukan senior pada 2022 dan memenangi Liga Negara-Negara pada Jun 2023.

Sepanyol adalah salah satu daripada enam pilihan utama untuk Euro 24 pasukan di Jerman musim panas ini.

"Kami adalah antara pencabar yang akan berjuang untuk trofi," kata De la Fuente.

"Kami perlu cuba memenuhi jangkaan dan jangkaan kami akan bersaing untuk menang.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 24 Mac 2024 @ 10:58 AM