AFIF cemerlang bantu Qatar muncul juara Piala Asia. FOTO AFP
AFIF cemerlang bantu Qatar muncul juara Piala Asia. FOTO AFP
Reuters

Lusail: Bintang Qatar, Akram Afif meletakkan namanya sebagai salah seorang pemain terbaik Asia apabila meledak hatrik pada final Piala Asia untuk mempertahankan kejuaraan, berhasrat untuk kembali ke Eropah.

Afif menyempurnakan tiga sepakan penalti dalam kemenangan 3-1 ke atas Jordan, serta meraih tiga anugerah individu - pemain terbaik perlawanan, pemain paling bernilai dan penjaring terbanyak dengan lapan gol.

Pengendali pasukan lawan turut yang berdepan pasukannya turut memuji kemahiran dimiliki Afif, dengan bos Tajikistan, Petar Segrt berkata penyerang 27 tahun Al-Sadd itu pasti akan kembali beraksi di liga Eropah.

Sejak menerajui Qatar memenangi edisi 2019 dengan rekod kejohanan 10 umpanan gol, Afif menjadi antara pemain paling digeruni di benua Asia.

Di awal kejohanan kali ini, dia berkata dia mempunyai impian untuk kembali ke Eropah selepas mewakili Eupen di Liga Pro Belgium.

Dia kemudian menjadi pemain Qatar pertama ditandatangani kelab LaLiga apabila berpindah ke Villarreal pada tahun 2016, tetapi dipinjamkan ke Sporting Gijon sebelum kembali ke Eupen dan akhirnya bersama Al-Sadd pada tahun 2018.

"Saya ada bercakap tentang menjadi pemain profesional di Eropah, tetapi keputusan bukan di tangan saya. Isteri saya juga berhak membuat keputusan untuk saya.

"Bukan mudah untuk meninggalkan kelab dan negara. Saya ingin kembali bermain di Eropah... saya ingin ke sana," kata Afif.

Qatar kini menjadi negara kelima yang berjaya mempertahankan kejuaraan Piala Asia.

Pengendalinya, Marquez Lopez hanya dilantik pada Disember menggantikan pengendali dari Portugal, Carlos Queiroz.

Lopez, sebelum itu membimbing kelab Qatar, Al-Wakrah, berjaya menerapkan falsafah permainannya walaupun baru sebulan mengambil alih pasukan.

"Saya akan kembali bersama Al-Wakrah. Saya belum berbincang soal masa depan. Saya baru mengambil alih pasukan, tetapi yang penting ialah saya kenal pemain-pemain, mereka cepat faham idea saya," kata pengendali dari Sepanyol itu.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 12 Februari 2024 @ 6:19 PM