AKSI Xavi memberikan arahan kepada pemainnya ketika  Al-Sadd menentang Al-Rayyan di Doha.
AKSI Xavi memberikan arahan kepada pemainnya ketika Al-Sadd menentang Al-Rayyan di Doha.
Agensi

Barcelona: Barcelona dilaporkan mencapai persetujuan dengan legenda kelab, Xavi untuk menjadi pengurus baharu bagi menggantikan pengendali dari Belanda, Ronald Koeman yang dipecat semalam selepas tewas 0-1 kepada Rayo Vallecano.

Kekalahan itu menyebabkan Barcelona menduduki tangga kesembilan La Liga sekali gus membawa kepada penyingkiran Koeman selepas 14 bulan menjadi ketua jurulatih.

Bekas pemain Barca, Xavi yang kini mengendalikan kelab Qatar, Al-Sadd muncul pilihan utama menggantikan Koeman dan laporan menyatakan dia sudah pun mencapai persetujuan dengan bekas kelabnya itu.

Mereka kini dalam proses penamatan kontraknya di Al-Sadd yang mungkin membabitkan kos sekitar £840,000.

Xavi menikmati permulaan cemerlang bersama pasukan Timur Tengah itu apabila memenangi kesemua tujuh aksi pembukaan dan menduduki tangga teratas liga.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 28 Oktober 2021 @ 9:45 PM